Kehidupan akan datang.
Hai dan Assalamualaikum.
Apa khabar readers? Ada ke pun yang buka blog aku ni. Heh. Fuuhh, fuhhh *tiup habuk dan sawang*. Lamanya lahai tak update. Anyway, nampak tak gambar kat atas tu? Comel en. Kita minat dia aww. Jangan ambil aww. Heeee. Sebab kita dah ada ramai sangat dah madu. Lol. Sekarang ni Disember 2012. Lajunya masa berjalan. Rasanya masih fresh lagi masa ambil result PMR dulu. Rasa benda tu cam baru je berlaku. Ehh, esok result PMR nak keluar ah. Even saya tak ambil pun, tapi ada sedikit nervous ah. Goodluck 97's! Redha je dengan apa yang awak dapat. Berusaha lagi. Cam saya. Cehh. Haktuih dia.
Dalam masa setahun ni boleh kira berapa post je yang aku post. Betul lah orang, naik form 4 hidup kau 360 darjah berubah. Daripada tak sibuk, jadi sibuk. Malas jadi rajin. Kerja sekolah sikit jadi bertimbun sampai tak cukup masa nak buat. Naik form 4 & 5, kau memang kena struggle habis kalau kau nak hidup senang kemudian. Tapi bukanlah setakat ni je. Masa kau masuk universiti nanti pun kau kena struggle. Apa-apa kerja kat dalam dunia ni pun, kau kena buat bersungguh-sungguh ni kan pula belajar en. Apa yang aku taip ni semua kena kat aku balik. HOHO. Serious weh, disebabkan terlalu stress, aku jadi pemalas. Memang cari pasal doh vitamin M ni. Aku rasa cam tak boleh dah nak pergi. Rasa macam nak pi sekolah pondok. Takyah fikir SPM. Fikir dunia akhirat je. Lagi berapa minggu je aku nak masuk ke alam paling stress sepanjang hidup aku. Bila cakap pasal SPM, hati terus berdebar. Hmm. Idk lah cemana hidup aku tahun depan.
Aku dah kurang bertwitter, berfangirling, tapi stuck dengan bertumblring. Kot kot lepas aku post ni pun aku rasa aku stuck dengan blog. Cukuplah hanya dengan Tumblr je aku stuck. Kira okay ah tu kan. Aku ada effort nak berhenti buat benda kejadah ni. Cikgu Lis ada bagi homeworks untuk cuti sekolah. Tapi aku boleh hanya jawab beberapa soalan je sebab dia dalam bahasa melayu. Aku rasa cam pelik bila baca soalan. Lagipun aku tak boleh nak buat sengsorang. Mesti ada support. Tapi sekarang en musim cuti sekolah lagi walaupun dah nak back-to-school dah. Then susah sikitlah nak jumpa classmates. Tah dia pun apa khabar tah. Duduk kat KD tapi susah nak jumpa. Mana jauh pun. Jalan kaki pun sampai. Masalah yang lain pula pasal tuition. Sepanjang hidup aku, aku cuma tuition masa darjah 6 je. Tu pun sekolah yang anjurkan. Masa aku form 3 mana ada aku tuition. Tu yang ada 1C tu. Lol.
Aku ada gak try survey tuition dekat dekat sini. Ada kawan yang mention. Tapi aku kena betul betul fikir. Ibu bagi dua pilihan, sama ada nak tuition ataupun nak yang dalam internet tu. Apa? Score A tak silap aku. Tapi aku rasa cam Score A tu takut membazir lah. Asyik kena hadap komputer, internet. Kengkadang naik muak aku rasa. Kalau tuition pula masalah masa. Aku tak biasa tuition. Pahtu naik form 5 terus nak tuition en. Form 5 kan form paling sibuk. So takut effect aku punya pembelajaran. Tu yang risau tu. Kalau nak tuition petang, ada je tapi cam takut bertembung dengan Koko. Lagi lagi kalau aku dapat jawatankuasa yang tinggi. Aku berharap tak tinggi sangatlah. Aku taknak jadi Pengerusi dan Setiausaha. Sepatutnya tu bagi form 4. Then dengar cerita pula Puteri Islam takde komander. Semua dah habis sekolah. Takkan aku gak nak jadi kot. Parah ah. Pengerusinya, Komandernya. Tapi aku harap dua dua bukan aku yang pegang. Setakat jadi bendahari atau naib naib tu boleh lah.
Hmm, entahlah. Aku sendiri pening cemana aku nak susun jadual aku tahun depan.
Ya Allah, kau bantulah hambamu ini. Amiin.

Comments