Hello beautiful place and goodbye.


Gambar tu takde kena mengena sangat pun dengan post ni. Saja nak bagi inspirasi kat diri sendiri. Nak cerita pasal malam tadi. Malam tadi kan ada cerita 3 idiots part 1 kan? Tak dapat tengok sebab kena ikut ibu dengan ayah pergi tempat ayah belajar baca Al-Quran :/ Takpe lah, berkorban demi Islam dan ibubapa. Ceh. Tempat tu dekat Gombak. Kena masuk kat Zoo Negara tu. Ada satu jalan tu. Kiri kanan hutan. Pergi pukul 10.30 lebih kurang. Cuak siot. Nasib satu family ikut. Haha, Kat situ ada tempat Camp. Ya Allah, cantik yang tak terkata. Elok-elok aku tengah tidur masa tu terus terjaga bila nampak tempat Camp secantik tu. Time tu terus macam teringat Syurga. Indahnyaa. 

Then dah nampak dah kawasan dia. Before masuk tu, ada satu jambatan ni kat bawah dia air terjun. Cantik sangat! Kalau dah waktu malam dah boleh nampak kecantikan tu, apatah lagi waktu pagi. Mesti indah je dunia korang. Serious Syaf cakap Syaf nak pergi lagi. Tapi macam tak ada peluang sebab kelas tu hari rabu je. Mula pukul 11.40 lebih kurang habis nak dekat 2 pagi. Memang tak ah dapat pergi. Kalau pergi pun alamat setiap Khamis Syaf tak datang sekolah. Hahahaha, yang pasal gambar tu motif nya bintang tu je. Tempat semalam tu banyak betul bintang yang Syaf jumpa. Ada satu bintang tu terang sangat. Syaf pandang je bintang tu sampai balik rumah. Ahhh, nak pergi lagi :/

That's all.

Comments

Popular Posts