23 OGOS.

Hai, semalam syaf online kejap je. Tapi takde mood nak update. Semalam tarikh yang syaf tunggu tnggu selama ni. 23 Ogos merupakan tarikh lahir arwah atuk perempuan syaf. Atuk syaf ni dulu selalu jaga syaf bila mak ayah syaf pergi kerja. Tahun ni baru syaf tahu yang atuk syaf lahir pada 23 ogos. sebelum ni tahu atuk syaf lahir bulan ogos je. ye ah, sebelum ni pernah sambut Hari Kemerdekaan bersama Hari Lahir bulan Ogos. So, me, atuk, mak long, kak syasya and nabila alhir bulan ogos. syaf still simpan lagi gambar time tu. syaf baru darjah 2 atau 3.

Dear Atuk ,

I miss you. Really Really miss you.Kadang kadang kalau iqa  menangis, teringat kat atuk. atuk ah orang pertama yang pujuk iqa. Mak syaf tak pernah pujuk iqa bila iqa nanges. Atuk , iqa rindu sangat masa iqa kecik kecik dulu :) ada satu masa dulu, atuk nak balik kampung. atuk minta izin kat ibu nak bawak balik iqa balik kampung. Ibu kasi. Iqa balik kampung naik keretapi dengan atuk. iqa rasa seronok sangat atuk.

Lepastu bila dah sampai kampung, kita kait buah rambutan laah, mangga ah. lepastu tiap tiap malam kita dengar babi hutan buat bunyi tak senonoh dia kat belakang rumah kampung kita. Atuk pernah ajak iqa pergi pekan. atuk kata saja nak bawak iqa jalan jalan. atuk siapkan iqa. atuk sikat rambut iqa, atuk pakaikan baju yang lawa untuk iqa. lepastu kita pergi pekan sama sama.

Atuk kata nak iqa pakai subang. Lepastu kita singgah satu kedai subang ni. Atu suruh iqa pakai warna merah. atuk pulak warna hijau. tapi masa tu iqa takut sangat. yelaaah iqa punya telinga takda lubang untuk pakai subang. atuk letak banyak banyak minyak gamat. Lepastu atuk suruh pekerja tu tembak. Iqa tak rasa pape pun atuk :) Terima kasih atuk. bila kita keluar dari kedai tu, iqa tiba tiba rasa dahaga. kebetulan pulak dekat sebelah kedai tu ada orang jual air. bila pak cik tu dengar iqa cakap camtu. pak cik tu terus bagi free kan atuk. baikkan pak cik tu atuk :)

Lepastu atuk kata nak buat bekam. iqa tengok banyak darah keluar. iqa sampai muntah muntah. atuk tersenyum je tengok iqa. iqa rindu senyuman atuk :/ pernah sekali iqa termasuk dalam selut kat depan halaman rumah kita. atuk marah marah iqa. iqa ah nanges nanges dah tapi atuk tetap membebel. bila iqa dah nak tenggelam baru atuk ambik iqa. tapi atuk tak kasi masuk rumah selagi tak bersihkan selut selut tu. kat mana nak bersihkan? atuk kata suruh iqa terjun parit yang dalam dekat stepi jalan raya. tapi iqa takut. sebab parit tu ada buaya. tapi atuk tarik iqa , atuk tolak iqa tapi atuk pegang tangan iqa. atu cakp " mana ada buaya ". lepastu baru iqa berani mandi. :)

Masa atuk meninggal dunia, iqa tak berapa matang lagi . masa tu baru darjah 2 ke 3. iqa siap main basikal lagi dekat luar. ramai kawan kawan iqa cakap " kau tak sedih ke ?" buat apa nak sedih? atuk kan tidur je. bila iqa dah besar, baru iqa sedar yang atuk dah pergi.  masa tu iqa rasa macam seluruh diri iqa dah takde. lepas atuk dah pergi , iqa rasa janggal pulak duduk dengan family. sampai lah iqa dah form 3, baru iqa rasa macam duduk dekat family. selama 6 tahun iqa hidup macam family wujud tak wujud. Pernah sekali atuk baru balik dari mekah, atuk bagi hadiah dekat semua cucu perempuan atuk satu set gelang, rantai, apa semua. tapi iqa sorang je tak dapat. iqa rasa sedih sangat. tapi bila atuk dah takda, atuk serahkan semua barang kemas atuk dekat iqa. patutlah iqa tak dapat.

Atuk , terima kasih kerana mendidik iqa menjadi seorang perempuan. Atuk merupakan seorang ibu bagi iqa walaupun atuk ialah nenek iqa. terima kasih banyak banyak.

Al - Fatihah :)

Love , iqa

Comments

Popular Posts