If the Earth needs the Sun for its light, then the heart should crave for light too, that is from the Quran.
Soon to be 18. Syaf.
"My Rabb, indeed I have wronged myself, so forgive me." [Surah Al-Qasas 28:16]
"Driving School II"


Hi and Assalamualaikum kepada readers yang sentiasa berada di sisi. Ada ke pun? *bunyi cengkerik* . Okay. Sekarang ni Syaf nak sambung balik cerita pasal pengalaman Syaf memandu. Lepas je Syaf ambil ujian komputer, next weeknya pergi kelas amali pulak. Macam biasalah, pergi dengan Aty and Diana. Since Syaf dengan diorang ni buat lesen kereta dengan motor sekali, so kitaorang kena pergi 2 kelas amali. First amali kereta pastu amali motor. Masa amali kereta tu best jugaklah pastu kesian Diana asyik kena bahan dengan Encik Kimi (orang yg ajar kitaorang). Sampai merah muka. Dah ah ramai laki masatu. Blablabla balikkk. Pastu masa kelas amali motor pulak, Syaf kena pergi sorang since aty dengan diana tak dapat cuti. Diorang kerja, so susah sikitlah. First time datang sana tanpa diorang. Kawan pun takde. Bila sampai tu cam okaylah, takpelah. Syaf pun tak kisah kalau sengsorang. Lepas pendaftaran apa semua, masuk je kelas jumpa sorang ni. Baya Syaf lah. Muka familiar tp tak ingat.

Bila masuk kelas tu kan kena tulis nama apa semua dulu, masatu dok fikir *nak tegur ke taknak nak tegur ke taknak. pastu cm takpelah, giveup jelah* Then bila nak duduk tu, cemana tah kaki Syaf boleh pergi arah dia pastu tangan salam dia pastu Syaf duduk sebelah dia. ...................................... Lagipun dalam kelas tu tak ramai perempuan. Orang pun tak ramai. Ada dalam 7 org je. 3 perempuan, 4 lelaki. Perempuan lagi sorang tu ada aunty cina tu. So kitaorang dua je yang baru lepas ambil ujian komputer. Yang lain semua tambah kelas je. So instructor tu banyak tanya soalan kat kitaorang. ahahahah. K. Pastu makan sesama. Okaylah. Not bad even sorang je. Lepas kelas amali motor tu tunggu lah dalam 3 ke 4 minggu. Baru boleh belajar memandu. 

Masa nak tunggu 3 ke 4 minggu ni lah aku memang frust menonggeng tk tahu nak buat apa. Duduk rumah buat kerja rumah je sampai nak muntah. Bila call je kata dah siap, dah boleh start belajar memandu. Masa belajar memandu ni semua Syaf pergi sorang without Diana and Aty. Belajar memandu ni ada 5 kelas sbb 10 jam en. Sehari tu 2 jam lah. So sampai lah Syaf kelas je 5 baru dapat bersama dengan Diana and Aty. Jadi sepanjang kelas 1 hingga ke 4 Syaf sorang je, takde kawan apa semua, lunch pun sorang tp since Syaf dah biasa so cam takde hal. Yang tak boleh blahnya semua kawan kawan En Kamal bila nampak Syaf "Siaann sengsorang. Kawan semua takde" Luls. 

Waktu first day belajar tu Cikgu yg ajar tu org lain. Org luar rasanya sebab tak pernah nampak dia pun after belajar dengan dia. Bila masuk kelas ke 2 dan seterusnya, anak En Kamal yang ajar, panggil dia Amad. Amad ni cam pendiam so cam lek je lah. Kira Syaf belajar cepat tau. Sbb masa kelas pertama dah naik bukit tinggi tu dah. Usually orang lain masa kelas pertama dia baru berlatih kontrol klac apa semua pastu buat bukit rendah. Syaf pun samalah tapi orang tu terus advance suruh naik bukit tinggi tu terus. Maunya tak gementar. Bukit tu dah ah tinggi. Then, Alhamdulillah i can do it. Kelas ke 2 pulak terus belajar parking dengan 3 penjuru. Kalau orang lain kelas kedua baru naik bukit yang tinggi tu. Kira Syaf advance. Idk lah sebab Syaf cepat pick up atau diorang mmg nak Syaf belajar cepat. Tp bagi Syaf, Syaf takde ah terer mana masa kelas 1 tu. Kelas ke 2 tu en kena buat parking tu, peh masatu fikir parking paling susah sbb banyak step en. Tapi sebenarnya parking paling senang kot.

Kelas 3 pulak lepas buat jalan kat dalam, Amad tu terus bawak Syaf keluar jalan raya. Time tu memang menggeletar habis. Selalunya kelas ke 3 diorang jarang bawak keluar. Lepastu kalau nak keluar, sepatutnya orang yang ajar kita tu dulu kena bawak tunjuk jalan dia. Tapi, tak. Syaf bawak. Dah lah masa nak naik jalan raya, ada bukit lagi tinggi. So part tu memang cuak tp ye lah, lek je. Pastu pi jalan raya. Bila tengok balik, jalan raya lagi senang dari dalam. Cuma satu part tu je, ada satu traffic light ni dia berbukit. So kena buat cara bukit kat situ and kena pantas. Everything kena buat dalam masa 8 saat. Ahahaha. Cam lawak je. Tapi, Alhamdulillah okay jugak. Bila masuk kelas ke 4 tu memang dah pro sikit ah. Buat sengsorang apa semua. Cuma jalan raya je kena ada orang. 

Kelas ke 5 ni memang pro habis. Eceh ceh ceh. Lagi satu sebab ada Aty dengan Diana yang sangat nervous so I've tried tunjuk diorang, terangkan apa semua. Yang lawaknya masa nak buat bukit, diorang kan duduk belakang dua orang. Bukit tu pulak tinggi. Memang minya tekan banyak kot sebab berat. AHAHAHAHAH. Then buat jalan raya. En Kamal kata okay, then okaylah. Bersedialah untuk test 3 March pulak. Will continue later masa ujian jpj nanti. Setakat ni tu je lah. Mula mula rasa tak suka bawak kereta tapi bila masuk kelas ke 5 rasa okay je. Cuma kena berhati hati. Hee

Recent Posts or Older Posts?
Layout by tentylers. Image from weheartit.