If the Earth needs the Sun for its light, then the heart should crave for light too, that is from the Quran.
Soon to be 18. Syaf.
"My Rabb, indeed I have wronged myself, so forgive me." [Surah Al-Qasas 28:16]
"Hidayah"
Assalamualaikum. Ssup guys? Doing good ha? I hope so :) Ya Allah, dah bersawang dah blog ni. *tiup habuk, sawang segala* Lama sangat syaf tak update. Bukan tak nak update, tapi laptop yang syaf pakai kat bilik tu keyboard dia rosak. So, kena pakai keyboard manual, tekan satuu satuu. Leceh. Ni pun update kat laptop ibu. Hee. Oh hey, lupa nak cakap walaupun agak terlambat tapi still nak celebrate jugak kat blog ni. 




Welcome 2014! Wish we all have a blast for a year. Ameen. So, Im going to be eighteen. Bak kata orang dah boleh buat menantu dah. Cehhh, jet jet je kau. Kalau dah masuk tahun baru, mestilah ada azam baru. Cerita pasal azam Syaf tahun ni. Hmmm entahlah. Selalunya azam Syaf setiap tahun hampir sama. Syaf berazam nak jadi seorang yang bukan sahaja Islam malah beriman disisi Allah. Itulah azam Syaf setiap tahun. Iyalah, iman manusia ni tak tetap. Naik turun. Macam macam halangan kita kena tempuh untuk mantapkan iman kita tu. Paling susah adalah ISTIQAMAH. Tapi, apa apa pun kalau kita nak berubah, kita mesti mulakan dengan diri sendiri. Tanya hati kita ni. Kita kena ambil berat pasal hati kita ni. Hati kita ni senang berubah-rubah. Lagipun sekarang ni macam macam ada, syiah, wahabi. Ya Allah, minta minta kita semua dijauhkan. Nanti dah masuk alam universiti, alam percampuran masyarakat, lagilah kita kena sentiasa bersedia. Pastikan ilmu tu mesti ada. Quran dan hadis dalam dada. 

Syaf cakap macam ni bukannya sebab nak tunjuk baik, berlagak. Tak. Syaf ni pun masih goyah lagi iman Syaf. Syaf cakap pun untuk diri Syaf. Sebenarnya apa yang Syaf cuba sampaikan ni adalah berdasarkan pengalaman yang berlaku pada diri Syaf. Sebab tu Syaf nak kongsikan kat korang semua supaya korang semua tak jadi macam Syaf. Biarlah kita mula dari bawah, lambat lambat. Takpe. Janji kita kena istiqamah. Bersabar itu merupakan kunci utama untuk kita berhijrah ke arah yang lebih baik. Memang ada orang yang berubah sekali 360 darjah serentak. Tapi kita tak tahu apa yang akan jadi kat masa depan dia. Tapi kita pun tak baik nak buruk sangka kat orang. Bila kita buruk sangka, terus istighfar. Ibu Syaf selalu pesan, apa apa pun, jangan sesekali buruk sangka kat orang. Syaf pun pernah buruk sangka kat orang. Syaf yakin, semua pernah berbuat demikian. Apa lagi, kita mohon ampun dari Allah. Kita pun kena jugak minta maaf kat orang tu. Kalau tak pun kita doakan dia supaya hati dia pun terbukak.

Syaf tengok sekarang ramai kawan kawan Syaf berubah menjadi lebih baik. Syaf bila lagi? Kita tak semestinya nak berubah kena tunggu hidayah sampai baru nak berubah. Semalam lepak kfc dengan ibu, cerita dengan ibu. Ibu cerita orang dapat hidayah ni ada 3 jenis. Antaranya :-

  1. Orang yang dapat hidayah bila dah berumur atau lambat dapat hidayah.
  2. Orang yang dapat hidayah secara perlahan lahan. 
  3. Orang yang dapat hidayah sekali rentap je.

Syaf akan terang yang no. 1 tu dulu. Orang yang dapat hidayah lambat. Maksudnya, ada orang yang dapat hidayah bila dah tua tua baru dapat. Sebagai contoh kan, sekarang ariana rose kan tengah trend, kana mak ayah adam bila dah lama lama baru rasa tertarik balik nak kembali ke jalan yang benar. Macam tulah lebih kurang. Wallahualam.

Yang kedua tu pulak. Syaf cakap terus terang. Sya jenis yang no. 2 tu. Hidayah secara perlahan lahan. Allah tarik kita perlahan lahan lepastu kita terlepas. Lepastu Allah tarik kita lagi. Then kita terlepas. Susah en nak faham? Takpe, macam ni Syaf bgi contoh. Niat kita keluar nak pergi ambil wuduk nak solat. Tapi kita tengok kat luar cerita kat tv best. Kita duduk jap tengok tv. Tangguh kejap. Lepastu kita pergi ambil wuduk, then masuk bilik nak solat, sekali phone kita bunyi. Notification keluar. Whatsapp ke intagram ke apaapalah. Kita duk layan benda tu 20 minit. Lepastu baru kita solat. Haa, faham tak? Allah tarik kita perlahan lahan.

Yang no. 3 ni toksah cakaplah. Ramai orang kena macam ni. Artis pun ramai kan. Diorang solat dahi melekat kat sejadah lah. Diorang nampak siksaan kat nerakalah. Sekali je Allah bagi, diorang dah balik ke pangkuan-Nya kan. 

Antara tiga tiga ni Syaf prefer yang ketiga lah. Sekali rentap je. Tapi semua ini adalah datang dari Allah. Kekuasaan Allah kita tak boleh persoalkan. Semoga kita menjadi seorang yang beriman. Ameen.
Maaf segala kekasaran. Jika ada tersalah ilmu, sila betulkan ana. Wallahualam.
Recent Posts or Older Posts?
Layout by tentylers. Image from weheartit.