If the Earth needs the Sun for its light, then the heart should crave for light too, that is from the Quran.
Soon to be 18. Syaf.
"My Rabb, indeed I have wronged myself, so forgive me." [Surah Al-Qasas 28:16]
"Driving School I"

Assalamualaikum and hi. Harini Syaf nak cerita pengalaman Syaf masuk kelas memandu. Lepas je habis SPM tahun lepas, rehat seminggu lepastu ibu daftar Syaf masuk kelas memandu. Syaf bukan nak batak ye, saja nak cerita. Yelah, orang lain update blog pasal pengalaman kerja lah, pi melancong sana lah sini lah. Syaf ni tak bekerja, ibu tak bagi sebab lesen tak lepas lagi. So macam. Yeah. Okay, kita sambung balik. First class tu macam semua orang tahu lah, kita ada kpp dulu. Kursus pemanduan lah. Dia ada bagi satu set buku sebab before kita masuk kelas amali, kita kena jalani ujian komputer. Ekceli ujian komputer ni dulu dipanggil ujian lisan. Bezanya dulu diorang bulat kat kertas, kita sekarang dah maju so kita guna komputer lah pulak en. After kpp tu, buku yang sepatutnya kena baca tu lansung I tak sentuh aww. Haa, hambek kau. Tapi tolong lah jangan tiru sikap saya berkenaan ye. Menyesal kau tahu. Mesti baca! Bukan baca cenggitu je, kena faham pastu buat latihan. Kat belakang buku tu ada latihan. Sebab apa Syaf kata mesti, sebaaaaabbbb kita kena lulus at least 42 and above. Soalan ada 50. Bayangkan. Atleast 8 kena salah. If dapat 41, gagal lah cerita dia. Kena ambil balik ujian komputer tu. Kan dah susah.

Fortunately, Syaf lulus! Ahahahaha. Cerita dia cemni ye. Syaf langsung tak bukak buku tu. Minggu nextnya dah nak ujian tp still tak bukak. Malam tu, baru terhegeh hegeh nak baca buku tu, sampai stay up tau. Tapi tak buat latihan pun. Baca pun tak habis. Then tetiba Syaf demam. Panas. Syaf cakap dengan ibu, esok Syaf tak boleh buat ujian komputer sebab sedara Syaf ( Diana, Aty) tak boleh pergi. Mak Syaf punya marah sampai pehh. Toksah nak cerita lah. Syaf tak bagitahu pun mak Syaf yang Syaf demam. Tangguh seminggu nak ujian. Sedih sbb buat ibu marah but at the same time lega sbb banyak tak baca lagi. Tapi..................... demam Syaf melarat sampai seminggu. Teruk gak. Sampai berselimut, bangun pun tak larat, hidung berdarah, muntah semua. Memula tu ibu diam je, yelah merajuk ah en. Tapi bila tengok aku macam tu, slowly lah maafkan aku. Mulia sungguh seorang ibu. Alhamdulillah. 

Next weeknya, Syaf pun pergilahh. Memang nervous sangat sangat sangat. Macam SPM nervous dia. Dah lah masatu baru lagi habis SPM enn. Cam berkait ah jugak. Dahlah tak bukak buku, pastu dapat extend pun tak bukak buku gak sebab demam. Sendiri jawablah cerita dia. Masa otw tu, tidur, tenangkan diri kat dalam kereta tu. Bila sampai, pehhhh dupdapdupdap kau. Aty dengan Diana pun sekali dengan aku. Diorang dah buat latihan apa semua, baca pun dah habis. Tapi aku? Baca tak habis, latihan time tu gak baru buat. Lek 1 jam kat kantin sebab kat tempat nak ambik ujian tu ramai. Then kitaorang pun pergilah kat tempat ambik ujian tu. Bila sampai, penuhh. Takde tempat duduk. Masatu lah aku pulun buat latihan, baca sampai habis. Ahahahaha, last minute semuanya. Masa orang tu panggil suruh buat ujian, tangan toksah cakap ler sejuk dia cemana. Even dalam kelas dudlu pun tengah panas terik pun tangan boleh sejuk. Walhal bawah kipas je pun. Ni kan duduk sebelah aircond kat tempat tu. 

Before jawab tu baca doa segala, tenangkan diri. Relax. Check jawapan berjuta kali. Bila dah submit tu, menggeletar badan. Aku tengok sepintas lalu je kat komputer tu. Tak sure lulus tak. Bila keluar tu tunggu lah borang pengesahan sama ada lulus atau tak en. Sekali. Haa, hambek kau. Last minute preparation dapat 44/50. Okay ah tu. Kan best masa SPM aku dapat cemni. Pehh, time tu memang heaven sangat sangat sangat. Lagi lagi bila ibu ayah pressure suruh lulus sbb taknak membazir apa semua. Then, ibu call tanya



Ibu : So how?

Syaf : Dapat 44. Lulus!

Ibu : 44JE?! ( K ibu. K) Dulu ibu dapat markah penuh *bebel pasal dia dpt markah penuh*



Before ujian tu punyalah pressure Syaf suruh lulus apa semua. Bila dah lulus.........................

Cam lebar sangat aku cerita. Will continue laterrr.
Recent Posts or Older Posts?
Layout by tentylers. Image from weheartit.