If the Earth needs the Sun for its light, then the heart should crave for light too, that is from the Quran.
Soon to be 18. Syaf.
"My Rabb, indeed I have wronged myself, so forgive me." [Surah Al-Qasas 28:16]
"2016"
Rasa macam setahun sekali je aku update, aaupun setiap kali naik sem baru. Ahahahaha, last post masa sem 3. Aku sekarang dah sem 4 wehhh. Alhamdulillah sem lepas punya result suprisingly well sbb aku expect aku repeat. Serious talk. Dengan perangai tah pape, ada hati nak score. Sekali masa ambil result dekat mentor tu, mentor tetiba datang cakap tahniah. And I was like asal bagi coklat?? Sekali tgk 3.63. Terus mcm OMGGGGG, HOW CAN I GET THAT HIGH. I DONT EVEN BELIEVE IT. Tak habis habis cakap dengan mentor kata "saya serious tk sangka dpt result mcm ni" ye lah, tetiba masa sem 3 jp MPP. Masa memula tu mcm pehh aku MPP kot tapi bila lama lama tu rasa mcm annoying gila MPP. Almost setiap malam meeting. Pastu kalau ada aktiviti pape lagi lah busy. Then ada post mortem pulak. Annoying kau tau. Nampak seronok je jadi MPP, sekali pehhh tak mampu wehhh. Tu yang ingat result drop. Masa tengah minggu study week pun mcm mcm meeting weh. Drop 0,01 lah daripada sem lepas.

Okay, dah lupakan sem 3. Sekarang dah pun sem 4. Ya Allah. Lagi belambak lambak kerja. Subjek pun pehhh semua diagnosis. Mmg 80% applications tau. Bab application lah aku paling lemah. Lepastu MPP kemain menjadi jadi sampai tahap nak berhenti. Bukan aku sorang weh. Semua MPP tak sabar nak berhenti. Unfortunately, aku mcm kena stay sampai 3rd year. But still mengharap tukar lah yang baru. But then, kalau tak jadi MPP tu good thing lah tapi still kena handle OPKIM. Sebab kami yang buat proposal apa semua. Takkan nak main lepas je dekat MPP baru. Dah lah MPP haritu buat hari seminar for the first time mmg busy gila gila gila. Dekat dengan minggu connass. Subjek connas masatu bukan calang calang weh. isto dengan Hemato. Soalan hemato garis garis match kan je kot tapi dia punya migrain nak hentam jawapan tu pehhh, sampai mmg dua biji panadol aku telan balik tu. Ni cuti midsem ahahaha mmg aku tak gerak satu kerja pun. Makan tidurrrrr jeee. Tak tipu.

Next time atau senang nk cakap next sem aku akan update lagi. Bye Guys.
"Know yourself to be mature"

Assalamualaikum and Hi guysss. Ya Allah, lamanya tak menaip kat blog ni bersawang beulat habis dah blog ni. Tah ada org datang singgah baca ke tah lah. Aku sebenarnya sibuk dengan hal duniawi je selama ni. Al-fatihah untuk diri sendiri. Alhamdulillah, aku dah masuk sem yang seterusnya. Sem 3. Yang mana sem paling tough lah orang cakap. Senior lepas lepas cakap. Kredit paling banyak lah nak kutip. Dan alhamdulillah jugak sem lepas punya result mmg quite good lah. Even mentor cakap pun yang aku ni ada potensi lah sebenarnya. Kalau aku kerja keras aku boleh dekan Tapi ekceli sem lepas mmg aku target dekan. Masa keluar result tu aku ingat nama aku kat dekan tapi hmm, takde rezeki. In shaa Allah akan datang. Tapi okaylah daripada pointer 2.7 naik 3.6 kan. dekan 3.7. Okay, past is past. New life, new experience right now.

Tapi kalau ikutkan sem ni, memang busy habis. Masa memula naik sem tu pun rasa kelam kabut. Tak sempat nak digest semua pun. Nak kenal satu subjek tu pun payah. Tahun ni kena hardworking.Kena continuosly study, dulu tak. Esok nak exam baru sibuk nak pulun habis habisan Biasalahhhh, student. Lepastu sem ni mcm mcm terlibat. mcm haritu kena handle jamuan raya untuk MLT. Itupun punyalah payah nak deal dengan satu kelas. Mcm mcm halangan. Tapi atlast berjaya jugak. Alhamdulillah. Since bilik kitaorg berubah blok, so susah nak gather gather mcm dolu dolu. Toilet pun dalam bilik, Kalau tak dulu jumpa lah jugak dalam toilet, berebut nk mandi dulu, beratur pakai barang mandian. ahahahaha. Rindu lah masatu.

Sekarang ni almost setiap minggu balik. Senang cerita mcm ni lah, syaf tk pernah tk balik untuk sem ni. sbb syaf depressed tau lately. Lepastu frust beause u dont even know why u keep depressing urself. I hope u understand this. And i think u had deal with it. Sampai roommate pun masam muka, kawan sekeliling Its hard to explain because i know nothing! haa. I never told anyone about this, but if someone read this, ure the first one know about it. Thats why i start to write a diary back because i dont want to reveal all bad things happen to me to anyone. i just yaa leave me alone. I can handle it. Even though i would cry for it. Crying is strength for me, so i love crying. 

If i had time, i would like to update a book that i was reading. And i in love with it. Till we meet later. Byeeee


"Be the best of the best."
Hi and Assalamualaikum. Its already March of 2015. So, im sorry because dah mungkir janji nak post itu ini. Ahahahahaha. Well. Busy. Anyway, im still studying at College of health sciences, PPUM. So, im quite busy here. Almost everyweek and everyday I had quizzzzz or test. Its kinda errrr. Ahahahahaha. Can get insomnia maaaa. Im already in semester 2. I got anatomy & physiology, immunology, cell biology, biochemistry, microbiology and english of health science. The immunology and biochemistry are my favouriteeeee. Its quite tough for me that only get 3A in SPM. And sejujurnya, i had never work hard for studying before this. But for now, I have to. I need to work hard. To prove that i can be a person for my family. Im trying to get dekan for this sem. InsyaAllah. And im trying to not lalai in duniawi. Aamiin. Mudah mudahan. And lastly, i hope my coursemateass did well in this sem and next and also goodluck for my lil brother because he went to tahfiz. All the best. InsyaAllah. Mudah mudahan ilmu kita semua diberkati. Aamiin.
"Driving School II"


Hi and Assalamualaikum kepada readers yang sentiasa berada di sisi. Ada ke pun? *bunyi cengkerik* . Okay. Sekarang ni Syaf nak sambung balik cerita pasal pengalaman Syaf memandu. Lepas je Syaf ambil ujian komputer, next weeknya pergi kelas amali pulak. Macam biasalah, pergi dengan Aty and Diana. Since Syaf dengan diorang ni buat lesen kereta dengan motor sekali, so kitaorang kena pergi 2 kelas amali. First amali kereta pastu amali motor. Masa amali kereta tu best jugaklah pastu kesian Diana asyik kena bahan dengan Encik Kimi (orang yg ajar kitaorang). Sampai merah muka. Dah ah ramai laki masatu. Blablabla balikkk. Pastu masa kelas amali motor pulak, Syaf kena pergi sorang since aty dengan diana tak dapat cuti. Diorang kerja, so susah sikitlah. First time datang sana tanpa diorang. Kawan pun takde. Bila sampai tu cam okaylah, takpelah. Syaf pun tak kisah kalau sengsorang. Lepas pendaftaran apa semua, masuk je kelas jumpa sorang ni. Baya Syaf lah. Muka familiar tp tak ingat.

Bila masuk kelas tu kan kena tulis nama apa semua dulu, masatu dok fikir *nak tegur ke taknak nak tegur ke taknak. pastu cm takpelah, giveup jelah* Then bila nak duduk tu, cemana tah kaki Syaf boleh pergi arah dia pastu tangan salam dia pastu Syaf duduk sebelah dia. ...................................... Lagipun dalam kelas tu tak ramai perempuan. Orang pun tak ramai. Ada dalam 7 org je. 3 perempuan, 4 lelaki. Perempuan lagi sorang tu ada aunty cina tu. So kitaorang dua je yang baru lepas ambil ujian komputer. Yang lain semua tambah kelas je. So instructor tu banyak tanya soalan kat kitaorang. ahahahah. K. Pastu makan sesama. Okaylah. Not bad even sorang je. Lepas kelas amali motor tu tunggu lah dalam 3 ke 4 minggu. Baru boleh belajar memandu. 

Masa nak tunggu 3 ke 4 minggu ni lah aku memang frust menonggeng tk tahu nak buat apa. Duduk rumah buat kerja rumah je sampai nak muntah. Bila call je kata dah siap, dah boleh start belajar memandu. Masa belajar memandu ni semua Syaf pergi sorang without Diana and Aty. Belajar memandu ni ada 5 kelas sbb 10 jam en. Sehari tu 2 jam lah. So sampai lah Syaf kelas je 5 baru dapat bersama dengan Diana and Aty. Jadi sepanjang kelas 1 hingga ke 4 Syaf sorang je, takde kawan apa semua, lunch pun sorang tp since Syaf dah biasa so cam takde hal. Yang tak boleh blahnya semua kawan kawan En Kamal bila nampak Syaf "Siaann sengsorang. Kawan semua takde" Luls. 

Waktu first day belajar tu Cikgu yg ajar tu org lain. Org luar rasanya sebab tak pernah nampak dia pun after belajar dengan dia. Bila masuk kelas ke 2 dan seterusnya, anak En Kamal yang ajar, panggil dia Amad. Amad ni cam pendiam so cam lek je lah. Kira Syaf belajar cepat tau. Sbb masa kelas pertama dah naik bukit tinggi tu dah. Usually orang lain masa kelas pertama dia baru berlatih kontrol klac apa semua pastu buat bukit rendah. Syaf pun samalah tapi orang tu terus advance suruh naik bukit tinggi tu terus. Maunya tak gementar. Bukit tu dah ah tinggi. Then, Alhamdulillah i can do it. Kelas ke 2 pulak terus belajar parking dengan 3 penjuru. Kalau orang lain kelas kedua baru naik bukit yang tinggi tu. Kira Syaf advance. Idk lah sebab Syaf cepat pick up atau diorang mmg nak Syaf belajar cepat. Tp bagi Syaf, Syaf takde ah terer mana masa kelas 1 tu. Kelas ke 2 tu en kena buat parking tu, peh masatu fikir parking paling susah sbb banyak step en. Tapi sebenarnya parking paling senang kot.

Kelas 3 pulak lepas buat jalan kat dalam, Amad tu terus bawak Syaf keluar jalan raya. Time tu memang menggeletar habis. Selalunya kelas ke 3 diorang jarang bawak keluar. Lepastu kalau nak keluar, sepatutnya orang yang ajar kita tu dulu kena bawak tunjuk jalan dia. Tapi, tak. Syaf bawak. Dah lah masa nak naik jalan raya, ada bukit lagi tinggi. So part tu memang cuak tp ye lah, lek je. Pastu pi jalan raya. Bila tengok balik, jalan raya lagi senang dari dalam. Cuma satu part tu je, ada satu traffic light ni dia berbukit. So kena buat cara bukit kat situ and kena pantas. Everything kena buat dalam masa 8 saat. Ahahaha. Cam lawak je. Tapi, Alhamdulillah okay jugak. Bila masuk kelas ke 4 tu memang dah pro sikit ah. Buat sengsorang apa semua. Cuma jalan raya je kena ada orang. 

Kelas ke 5 ni memang pro habis. Eceh ceh ceh. Lagi satu sebab ada Aty dengan Diana yang sangat nervous so I've tried tunjuk diorang, terangkan apa semua. Yang lawaknya masa nak buat bukit, diorang kan duduk belakang dua orang. Bukit tu pulak tinggi. Memang minya tekan banyak kot sebab berat. AHAHAHAHAH. Then buat jalan raya. En Kamal kata okay, then okaylah. Bersedialah untuk test 3 March pulak. Will continue later masa ujian jpj nanti. Setakat ni tu je lah. Mula mula rasa tak suka bawak kereta tapi bila masuk kelas ke 5 rasa okay je. Cuma kena berhati hati. Hee

"Driving School I"

Assalamualaikum and hi. Harini Syaf nak cerita pengalaman Syaf masuk kelas memandu. Lepas je habis SPM tahun lepas, rehat seminggu lepastu ibu daftar Syaf masuk kelas memandu. Syaf bukan nak batak ye, saja nak cerita. Yelah, orang lain update blog pasal pengalaman kerja lah, pi melancong sana lah sini lah. Syaf ni tak bekerja, ibu tak bagi sebab lesen tak lepas lagi. So macam. Yeah. Okay, kita sambung balik. First class tu macam semua orang tahu lah, kita ada kpp dulu. Kursus pemanduan lah. Dia ada bagi satu set buku sebab before kita masuk kelas amali, kita kena jalani ujian komputer. Ekceli ujian komputer ni dulu dipanggil ujian lisan. Bezanya dulu diorang bulat kat kertas, kita sekarang dah maju so kita guna komputer lah pulak en. After kpp tu, buku yang sepatutnya kena baca tu lansung I tak sentuh aww. Haa, hambek kau. Tapi tolong lah jangan tiru sikap saya berkenaan ye. Menyesal kau tahu. Mesti baca! Bukan baca cenggitu je, kena faham pastu buat latihan. Kat belakang buku tu ada latihan. Sebab apa Syaf kata mesti, sebaaaaabbbb kita kena lulus at least 42 and above. Soalan ada 50. Bayangkan. Atleast 8 kena salah. If dapat 41, gagal lah cerita dia. Kena ambil balik ujian komputer tu. Kan dah susah.

Fortunately, Syaf lulus! Ahahahaha. Cerita dia cemni ye. Syaf langsung tak bukak buku tu. Minggu nextnya dah nak ujian tp still tak bukak. Malam tu, baru terhegeh hegeh nak baca buku tu, sampai stay up tau. Tapi tak buat latihan pun. Baca pun tak habis. Then tetiba Syaf demam. Panas. Syaf cakap dengan ibu, esok Syaf tak boleh buat ujian komputer sebab sedara Syaf ( Diana, Aty) tak boleh pergi. Mak Syaf punya marah sampai pehh. Toksah nak cerita lah. Syaf tak bagitahu pun mak Syaf yang Syaf demam. Tangguh seminggu nak ujian. Sedih sbb buat ibu marah but at the same time lega sbb banyak tak baca lagi. Tapi..................... demam Syaf melarat sampai seminggu. Teruk gak. Sampai berselimut, bangun pun tak larat, hidung berdarah, muntah semua. Memula tu ibu diam je, yelah merajuk ah en. Tapi bila tengok aku macam tu, slowly lah maafkan aku. Mulia sungguh seorang ibu. Alhamdulillah. 

Next weeknya, Syaf pun pergilahh. Memang nervous sangat sangat sangat. Macam SPM nervous dia. Dah lah masatu baru lagi habis SPM enn. Cam berkait ah jugak. Dahlah tak bukak buku, pastu dapat extend pun tak bukak buku gak sebab demam. Sendiri jawablah cerita dia. Masa otw tu, tidur, tenangkan diri kat dalam kereta tu. Bila sampai, pehhhh dupdapdupdap kau. Aty dengan Diana pun sekali dengan aku. Diorang dah buat latihan apa semua, baca pun dah habis. Tapi aku? Baca tak habis, latihan time tu gak baru buat. Lek 1 jam kat kantin sebab kat tempat nak ambik ujian tu ramai. Then kitaorang pun pergilah kat tempat ambik ujian tu. Bila sampai, penuhh. Takde tempat duduk. Masatu lah aku pulun buat latihan, baca sampai habis. Ahahahaha, last minute semuanya. Masa orang tu panggil suruh buat ujian, tangan toksah cakap ler sejuk dia cemana. Even dalam kelas dudlu pun tengah panas terik pun tangan boleh sejuk. Walhal bawah kipas je pun. Ni kan duduk sebelah aircond kat tempat tu. 

Before jawab tu baca doa segala, tenangkan diri. Relax. Check jawapan berjuta kali. Bila dah submit tu, menggeletar badan. Aku tengok sepintas lalu je kat komputer tu. Tak sure lulus tak. Bila keluar tu tunggu lah borang pengesahan sama ada lulus atau tak en. Sekali. Haa, hambek kau. Last minute preparation dapat 44/50. Okay ah tu. Kan best masa SPM aku dapat cemni. Pehh, time tu memang heaven sangat sangat sangat. Lagi lagi bila ibu ayah pressure suruh lulus sbb taknak membazir apa semua. Then, ibu call tanya



Ibu : So how?

Syaf : Dapat 44. Lulus!

Ibu : 44JE?! ( K ibu. K) Dulu ibu dapat markah penuh *bebel pasal dia dpt markah penuh*



Before ujian tu punyalah pressure Syaf suruh lulus apa semua. Bila dah lulus.........................

Cam lebar sangat aku cerita. Will continue laterrr.
Recent Posts or Older Posts?
Layout by tentylers. Image from weheartit.